Oct 24, 2014

It's been a while since my last entry...

Assalammualaikum....

WOW! my last post was on 25th FEB 2013 ! hahahaha suddenly blogging komitmen kering .hehehehe .Laaa ni cek tiba-tiba je gian nak menaip so teringat la pangkalan hasil menaip ni .

20 bulan......

Too many things happened....

Nak story mcm panjang je...hahaha but for sure i`m doing good now..i planned to continue my degree as a part time student..i have wasted too many time after i graduated in dip on may...so nak kaber masa tu cek pun pilih untuk 2 in 1...knowledge and income masuk sekali...hahahaha..jadilahh..

As for today, just nak share..dalam mencapai impian mengapai mimpi memang banyak ujian kita..Even cek sendiri pun dah lalui pelbagai..sabar sentiasa menjadi teman yang terbaik...pendirian kita kena tegas dalam berhadapan pelbagai jenis ragam manusia..Untuk skop lebih kecik, contoh pekerjaan...jangan kerana desakan kita sanggup menjadi balaci dlm pekerjaan..CHOOSE WISELY ! tak apa kalau kita tolak tawaran atau berhenti dari sesuatau yang sememangnya bukan bidang kita..dan betul minat boleh dipupuk..tapi ada masa susahhhhhh..kalau hati tak ikhlas...Hati pun main peranan..sebab tu kena assist dgn sabar....so sini cek nak pesan ja la..rezeki jodoh & maut ada di tgn Yang Satu....Allah SWT...cuma kita diuji kerana kita masih disayangi...tingkatkan kesabaran...All the best buat semua yang mengaapai impian dan cita-cita ! ganbatte kusadai !

Lain orang lain periuk dia....teruskan usaha anda !

Sini je la kot entry letih menaip .bahahahahahaha .Senyummmmmmmm sikit ^^






Feb 25, 2013

Emosi vs Professional ?

Assalammualaikum..

Lama betul dah tak mengupdate entry blog ni haa .maklumlah commitment study .Currently ade dekat Bumi Kenyalang since cuti cina dah habis .So now , i need to focus with my final exam :[

Tapi kali ni entry sekadar pandangan je since aku yg mengalaminya kan kan .Hmmm macam mana nak mula eh .hmmmm..Bagi aku lah kan mana-mana bidang kerja kita kena professional sebab dekat situ boleh tgk quality performances kita kan but sekarang ni aku nak cerita pasal tenaga pengajar macam Cikgu, Pensyarah, Pelatih, dan seangkatan dengannya lah .Aku tahu bidang mengajar bukan senang since para pengajar kena berhadapan dengan pelbagai jenis karenah pelajar dan cabaran dalam pentadbiran Tapi dekat sini aku nak cakap tentang masalah kawalan emosi dikalangan para pengajar .

Macam aku cakap tadi aku tahu bidang diaorang ni tak senang tapi itulah aku ada sikit je pandangan pasal emosi tenaga pengajar dalam sesi pembelajaran .aku masih boleh terima kalau para cikgu or pensyarah bertegasdan ingin menegur terhadap pelajar bila pelajar tersebut melakukan kesalahan seperti tak buat kerja, tak paham tapi tak tanya but yet aku tak rasa para pengajar perlu beremosi sehingga mengeluarkan sesuatu fakta yg boleh menjatuhkan semangat pelajar .Ada pulak bila pelajar cuba dtg berjumpa untuk bincang dan cuba untuk memohon maaf, individu tersebut tidak memberi peluang kepada pelajar dan akhirnya bila pelajar tersebut terus mencuba, individu tersebut yg terlampau ikutkan emosi, terus menghempaskan pintu dengan kuat dihadapan pelajar tersebut .Terkesima tergamam .itu lah perasaan seorang pelajar bila ianya terjadi .

Bukan tak nak pahamkan keadaan individu tersebut cuma reaksi mcm tu mmg tak pernah diduga .Entah lah .Para pelajar mmg salah kalau menyakitkan hati cikgu / pensyarah tersebut tapi anggaplah kesalahan para pelajar tersebut sebagai pengajaran buat masa akan datang bagi para pelajar dan cuba cari jalan untuk mengatasi masalah antara para pelajar dan pengajar dengan sebaiknya .itukan lebih baik .Pendek kata, pengajar yg tegas adalah lebih baik dari yg beremosi kerana bila emosi mengawal hati , akan ada orang lain disakiti .

Tapi aku sikit pun tak ambil hati cuma aku berharap yg pengajar tersebut akan lembut hati dan jgn putus asa. Buang yg keruh ambil yg jernih .Manusia beremosi kerana kita ada hati dan perasaan , Manusia melakukan kesalahan kerana kita cuba belajar dari kesilapan .PEACE  :D



Jan 23, 2013

Rumah Oh Rumah !

Assalammualaikum ...


Yeeeeeeehaaaaaaa ! balik rumah balik rumah balik rumah balik rumah !! setelah 83 hari aku bertapa kat bumi kenyalang ni  akhirnya........! dapat jugak aku balik .hahahahaha .aku HOMESICK tahap kritikal ! doktor yg ade PhD (Permanent Head Damage) pun tak dapat nak nolong dah .


Super Duper Excited lah !!
Rumah Oh Rumah !!

14 days to go ~





Dec 29, 2012

Sayang Allah SWT kepada Perempuan


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
 Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
 Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
 Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
 Nak pergi kelas pon susah
 Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
 Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
 Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Hati ni Allah jadikan lembut betul
 Cepat jek sensitif
 Cuba tengok orang putus cinta
 Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
 Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
 Siapa yg paling teruk menangis?
 Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
 Lembut tak lembut hati perempuan
 Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
 Diorang cakap, Allah x adil
 Kenapa Allah lebihkan lelaki
 Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
 Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
 Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
 Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
 Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
 Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan?

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya
Betul, isteri kena ikut cakap suami
 Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan?
 Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
 Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
 Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
 Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
 Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
 Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:
 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
 Kita x pernah dengar orang cakap:
 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan
 Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
 Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
 Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan ?

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita
 Betapa cintanya Allah dekat kita
 Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah
 Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
 Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
 Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi (:

 # Sumber : FB

Copyright© All Rights Reserved leelysache.blogspot.com